Pemuliharaan Warisan Seni Bina Melayu Dan Islam Pulau Pinang.

Ahmad, A Ghafar (2003) Pemuliharaan Warisan Seni Bina Melayu Dan Islam Pulau Pinang. In: Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang, 17-18 September 2003, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (638kB) | Preview

Abstract

Dalam aspek pelancongan warisan, Pulau Pinang memang terkenal dengan produk pelancongan yang berteraskan sejarah, keindahan alam semulajadi dan juga seni bina bersejarah. Malah, terdapat beberapa buah bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda kepada Pulau Mutiara ini samada bangunan warisan seni bina kolonial, Cina, Melayu mahupun seni bina Islam. Namun begitu, jika dibandingkan dengan warisan seni bina kolonial dan Cina, warisan seni bina Melayu dan Islam kurang mendapat perhatian umum terutamanya untuk tujuan pelancongan warisan dan pemuliharaan bangunan.Hakikatnya, warisan seni bina Melayu dan Islam Pulau Pinang menampilkan pelbagai jenis bangunan yang unik termasuk (a) rumah tradisional Melayu kampung yang biasanya terletak di kawasan desa dan di pinggir sungail/laut (b) rumah tradisional Melayu bandar dan juga (c) bangunan masjid, surau dan madrasah yang mempunyai rekabentuk berunsurkan tradisional atau kolonial. Warisan seni bina Melayu dan Islam Pulau Pinang kini masih terus dikekalkan di beberapa lokasi termasuk Batu Uban, Balik Pulau, Jelutong, Tanjung Tokong, Georgetown, Sungai Juru, Sungai Bakap, Sungai Acheh dan Bukit Mertajam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Koleksi Malaysiana dan Arkib (Malaysiana and Archive Collections) > Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning)
Depositing User: Mr Erwan Roslan
Date Deposited: 22 Dec 2016 05:32
Last Modified: 22 Dec 2016 08:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31282

Actions (login required)

View Item View Item
Share