Azahri, Noor A'shikin
(2001)
Pembangunan Dan Penilaian Kaedah Pcr-Elisa Dalam
Pengesanan Jangkitan Brugia Malayi.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyakit . filarisis limfatik yang juga dikenali sebagai "penyakit orang miskin"
merupakan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan fizikal yang
teruk serta masalah ketidakupayaan serius atau ketidakupayaan dalam jangkamasa yang
panjang. Di Malaysia, filariasis limfatik yang disebabkan oleh Brugia rnalayi masih
endemik di kawasan pedalaman di sesetengah negeri. Diagnosis makmal yang rutin bagi
penyakit filariasis brugia iaitu ujian mikroskopi adalah tidak sensitif, merumitkan dan
mengambil mas a yang lama. Oleh itu satu kaedah pengesanan yang lebih tepat dan
. . . .-
cekap amat diperlukan. Laporan tesis ini membincangkan pembangunan··· asai
tindakbalas rantaian polimerase (PCR) berasaskan kepada asai imunosorben untaian
enzim (ELISA) untuk mengesan jangkitan B. rnalayi. Kajian ini juga bertujuan untuk
menilai kesesuaian primer dan prob yang telah dilaporkan bagi pengesanan jangkitan di
kawasan endemik rendah. Kajian lanjutan telah dijalankan untuk menilai kaedah PCRELISA
yang telah dibangunkan dengan membandingkannya dengan kaedah mikroskopi,
PCR-penghibridan Southern dan PCR-gel agarosa dan kaedah yang berasaskan
pengesanan antibodi spesifik (Brugia-ELISA).
Lymphatic filariasis, a disease of the poor can lead to serious physical damage and
permanent or long-term disability. In Malaysia, lymphatic filariasis caused by Brugia
malayi is still endemic in several parts of the country. Routine laboratory diagnosis of
brugian filariasis based on microscopy examination of stained thick blood smears lacks
sensitivity and time consuming, thus the development of a more sensitive and rapid
diagnosis is highly desirable. In this report, a polymerase chain reaction assay based on
the enzym-linked immunosorbent assay (PCR-ELISA) has been developed to detect B.
malayi infection. In addition, this study was also aimed at testing the suitability of the
published primers and probe for the detection of the infection in an area of low
endemicity for brugian filariasis. The evaluation of the developed PCR-ELISA
techniques was performed by comparing the test with other diagnostic techniques i.e.
microscopy, PCR-Southern hybridization and PCR-agarose gel) and specific antibody
detection test (Brugia-ELISA).
Actions (login required)
|
View Item |