Lim , Tek Yong
(2000)
Kajian Kesan Perbezaan Individu Dalam Strategi Pencarlan
Dan Kebolehgunaan Alat Pencarlan Internet.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini mengkaji kesan .. perbezaan individu dalam strategi pencarian
menggunakan alat pencarian Internet dan kebolehgunaan aJat pencarian Internet. Seramai
tiga puluh orang subjek dari Universiti Sains Malaysia telah diuji dengan gaya kognitif dan
gaya penyelesaian masalah. Google, Copernic dan Altavista telah dipilih sebagai alat
pencarian dalam kajian ini. Subjek telah diberikan tiga tugas pencarian khas untuk
dilakukan dalam keadaan makmal eksperimen. Tambahan pula, subjek diminta untuk
menilai kebolehgunaan dan perkaitan bagi setiap alat pencarian berdasarkan tugas
pencarian yang dilakukan oleh mereka. Hasil kajian menunjukkan perbezaan individu
mempengaruhi strategi pencarian bagi tugas tertentu dan alat pencarian tertentu. Bidang
bebas dan inventori penyelesaian masalah rendah lebih aktif dan cekap dalam pencarian
mereka. Google menjadi pilihan utama subjek sebagai alat pencarian utama pada masa akan
datang. Oleh itu, pendekatan yang diambil dalam kajian ini adalah untuk memahami
perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan penyelesaian masalah serta keperluan
pengguna dalam menggunakan kelebihan sistem penemuan kembali maklumat Internet.
Dengan ini, pereka bentuk dan pembangun penemuan kembali maklumat dapat membina
struktur paparan dan antara muka yang optimum bagi ·pengguna.
This study investigated the effects of individual differences on search strategy using
Internet search tools and the usability of Internet search tools. Thirty subjects from the
University Science Malaysia were pre-tested for cognitive style and problem solving style.
Go ogle, Copernic and Altavista were chosen as search tools in this study. Subjects were
given three-search tasks to perform in controlled conditions. In addition, subjects were
asked to evaluate the usability and relevance for each search tool based on their own
search task. Results showed that individual differences do influence the search strategy for
specific task and specific search tool being used. Field independent and low problem
solving inventory are more active and efficient in their search. Subjects choose Google as
the primary search tool in the future. Therefore, the approach taken in this study is to
understand individual differences involving cognitive and problem solving style, and user
needs in using the advantages of the Internet information retrieval system. Hence the
information retrieval designer and developer can build an optimum presentation structure
and interface for the user.
Actions (login required)
|
View Item |