Penilaian Akses Makanan Dan Penentu Perbelanjaan Ke Atas Makanan Dalam Kalangan Petani Padi Di Kawasan Pengairan Muda

Ibrahim, Ahmad Zubir and Radin Badaruddin, Radin Firdaus (2014) Penilaian Akses Makanan Dan Penentu Perbelanjaan Ke Atas Makanan Dalam Kalangan Petani Padi Di Kawasan Pengairan Muda. International Journal of Environment, Society and Space, 2 (1). pp. 18-32.

[img]
Preview
PDF
Download (431Kb) | Preview

    Abstract

    Keselamatan makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan dan nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan aktif. Akses makanan merujuk kepada keupayaan isi rumah memperolehi sumber atau hak untuk mendapatkan makanan yang sesuai bagi menampung keperluan diet mereka. Di kebanyakan negara membangun, golongan isi rumah yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan, sering dikaitkan dengan masalah keselamatan makanan. Insiden ini berlaku kerana golongan ini mempunyai kelemahan dalam pelbagai aspek modal atau aset bagi memenuhi keperluan pemakanan mereka. Untuk meninjau perihal ini, satu penilaian akses makanan di kalangan 225 isi rumah luar bandar di kawasan pengairan Muda, Kedah telah dijalankan. Hasil kajian mendapati kedai runcit, pasar dan pasar malam atau pasar tani menjadi akses utama bagi petani padi di kawasan Muda untuk mendapatkan barang makanan berbanding pasar raya dan pasar mini. Manakala analisa penentu perbelanjaan berdasarkan analisis regresi double log pula mendapati bahawa faktor pendapatan, pekerjaan sampingan, jarak ke tempat mendapat makanan, amalan berkebun dan pembelian makanan yang telah siap dimasak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas penentuan perbelanjaan makanan. Bagi meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya memperbaiki kuasa beli mereka, kajian ini mengemukakan beberapa langkah strategik boleh diambil khususnya oleh pihak kerajaan.

    Item Type: Article
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences)
    Depositing User: Administrator Automasi
    Date Deposited: 29 Aug 2016 13:21
    Last Modified: 29 Aug 2016 13:21
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/30424

    Actions (login required)

    View Item
    Share