Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: Kajian kes di Lembah Lenggong

Jaafar, Mastura and Mhd Rashid, Munira and Dahalan, Norziani (2015) Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: Kajian kes di Lembah Lenggong. Malaysia Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 43-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (271kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ciri-ciri perniagaan telah dikenalpasti berdasarkan jenis perniagaan, status pendaftaran perniagaan, cara memulakan perniagaan, saiz dan tempoh perniagaan serta cara pemasaran. Prestasi perniagaan telah diukur berdasarkan prestasi jualan dan keuntungan serta kepuasan pemilik terhadap prestasi perniagaan dalam tempoh masa tiga tahun (2011-2013). Hasil kajian ke atas 106 perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan ini amat bermanfaat bagi membantu bakal usahawan, pemilik perniagaan serta pihak kerajaan dalam usaha memahami dan membangunkan perniagaan mikro dan kecil di sebuah destinasi pelancongan warisan luar bandar yang bertaraf dunia. Implikasi utama kajian ini memfokuskan kepada kepentingan kepada perancangan yang strategik untuk mengupayakan komuniti tempatan bagi menyokong kelansungan dan daya saing Lembah Lenggong di masa hadapan.

Item Type: Article
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Professor Sr. Dr. Mastura Jaafar @ Mustapha (Housing, Building & Planning)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Article
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Article
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 22 Jul 2016 03:06
Last Modified: 03 Jan 2018 11:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/30194

Actions (login required)

View Item View Item
Share