Student's Choice Intention of A Higher Learning Institution : an application of theory of reasoned action (TRA)

Hassan, Hajemi (2000) Student's Choice Intention of A Higher Learning Institution : an application of theory of reasoned action (TRA). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1009Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang telah dijalank:an ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti penentu-penentu bagi niat pelajar-pelajar menengah atas sama ada untuk memilih institusi pengajian tinggi swasta atau pun awam. Teori Tindakan Beralasan oleh Fishbein dan Ajzen telah digunakan sebagai asas kepada kajian ini. Teori ini mencadangkan bahawa penentu paling hampir kepada perlakuan adalah niat. Niat ditentukan oleh sikap terhadap perlakuan dan norma subjektif yang dipertimbangkan. Sikap terhadap perlakuan dan norma subjektif ditentukan oleh gabungan kepercayaan, penilaian, dan motivasi untuk menyetujui. Intisari kepercayaan utama sikap dan norma subjektif terhadap institusi pengajian tinggi swasta dan awam telah dikenal pasti. Seramai 146 orang pelajar dari lingkungan umur 16 tahun sehingga 24 tahun telah mengambil bahagian dalam satu soal-selidik yang dijalankan bagi tujuan pengumpulan data yang berkaitan. Hipotesis yang dihasilkan berdasarkan teori ini telah berjaya disahkan. Hipotesis tambahan yang merangkumi pemboleh ubah demografi sosial telah juga diuji. Daripada data yang telah dianalisis, hanya latar belakang etnik pelajar telah memberikan keputusan ujian yang signifikan. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa sikap dan norma subjektif terhadap perlakuan dapat menjelaskan dengan signifikan sejumlah variasi di dalam niat perlakuan bagi kedua-dua institusi pengajiari tinggi swasta dan awam. Sikap terhadap perlakuan secara relatifnya mempunyai pengaruh yang lebih berbanding dengan norma subjektif bagi kedua-dua institusi pengajian tinggi swasta dan awam. The purpose of the conducted study is to identify the determinants of upper secondary level students' intention whether to choose a private or a public higher learning institution. Fishbein and Ajzen's Theory of Reasoned Action was used as a basis for this study. The theory posits that the immediate determinant of behavior is intention. Intention is determined by the weighted attitude toward the behavior and the weighted subjective norm. Combinations of beliefs, evaluations, and motivation to comply determine attitude and subjective norm toward behavior. Cores of salient beliefs related to attitude toward private higher learning institution and public higher learning institution and cores of salient beliefs related to subjective norm for private higher learning institution and public higher learning institution were identified. A total of 146 students from the age of 16 years to 24 years took part in a survey conducted to collect relevant data. Hypotheses generated from the theory were confmned. Additional hypotheses that incorporated socio-demographic factors were also tested. The finding from the analysis of data collected showed that only the student ethnic background gave a significant result. ~The -finding also showed that attitude toward behavior and subjective norm explained significantly amounts of variance in behavioral intention for both private and public higher learning institutions. Attitude toward behavior had a greater relative weight than subjective norm for both private and public higher learning institutions.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management
    Divisions: Pusat Pengajian Pengurusan (School of Management)
    Depositing User: Administrator Automasi
    Date Deposited: 05 Feb 2016 16:13
    Last Modified: 05 Feb 2016 16:13
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/29653

    Actions (login required)

    View Item
    Share