Kesan Pendekatan Persidangan Terhadap Pembelajaran Penulisan Sebagai Kemahiran Komunikatif Pada Peringkat Sekolah Rendah Di Indonesia

Hartati, Tatat (2009) Kesan Pendekatan Persidangan Terhadap Pembelajaran Penulisan Sebagai Kemahiran Komunikatif Pada Peringkat Sekolah Rendah Di Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran penulisan karangan pemujukan dan penerangan Bahasa Indonesia dari perspektif komunikatif bagi murid darjah enam sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan sampel kajian seramai 112 murid, terdiri daripada 50 murid sebagai kumpulan rawatan dan 62 murid kumpulan kawalan dari 2 buah sekolah rendah di Provinsi (Negeri) Jawa Barat, Indonesia. Pelaksanaan kajian meliputi empat tahap, iaitu praujian, proses pembelajaran di dalam kelas, pascaujian I dan pascaujian II. Sampel karangan praujian dan pascaujian diperiksa dengan menggunakan Skema Analisis Karangan Jenis Pemujukan dan Skema Analisis Karangan Jenis Penerangan (Hashim, 2005). Bagi karangan jenis pemujukan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan persidangan memberikan kesan yang signifikan dan kuat terhadap perbezaan skor pencapaian murid dalam setiap komponen kemahiran komunikatif, iaitu sosiolinguistik, tatabahasa dan wacana.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 05 Feb 2016 07:14
Last Modified: 10 Feb 2017 10:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/29652

Actions (login required)

View Item View Item
Share