Abdul Razak, Rizalawati Ayu and Hussain, Husriati
(2011)
Penggunaan Facebook dan aplikasinya di Perpustakaan akademik di Malaysia.
In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011, 5-7 Julai 2011, Hotel Grand Riverview, Kelantan.
(Submitted)
Abstract
Facebook merupakan laman sosial yang kini telah digunakan secara meluas di Perpustakaan akademik di Malaysia. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengunaan dan aplikasi Facebook di Perpustakaan akademik di Malaysia dengan berpandukan analisis data empirikal di laman Facebook Perpustakaan pada tahun 2010. Soalan penyelidikan adalah 1)Adakah Perpustakaan akademik di Malaysia menggunakan Facebook? 2) Bagaimanakah Perpustakaan akademik Malaysia menggunakan Facebook terutamanya yang melibatkan ciri-ciri dan aplikasinya? 3) Apakah jenis maklumat atau sumber-sumber maklumat yang diberikan oleh perpustakaan akademik di Facebook? Sampel bagi kajian ini adalah 25 buah Perpustakaan akademik yang merupakan ahli PERPUN. Kaedah yang digunakan adalah analisis data melalui laman Facebook Perpustakaan. Sebanyak 29 “Checkpoint” telah dibangunkan untuk menganalisis data berkaitan penggunaan Facebook dan aplikasinya di Perpustakaan akademik.
Actions (login required)
|
View Item |