Salah satu isu berkaitan dengan kadastra di negara kita yang sering diperbincangkan ialah mengenai kewujudan tunggakan kerja ukur. Kertaskerja ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih mendalam maksud tunggakan, jenis-jenis tunggakan yang wujud serta langkah-langkah yang telah dan sedang diambil untuk menangani masalah tersebut.