Karya agung dan persoalan sesebuah bangsa sering menyeberang ke dalam bahasa dan kesedaran bangsa lainnya. Ramayana, melalui Rama dan Sita, diterjemahkan dan dijelmakan dalam tak kurang sepuluh bahasa besar, termasuk Jawa, Thai, Vietnam, Singalese, Kampuchea, Melayu dan Bali. Begitu juga karya Hamlet dan King Lear diterjemahkan dalam berpuluh bahasa, termasuk dalam bahasa Melayu-Indonesia.