Green Supply Chain Management Practices And Sustainable Performance Among Iso 14001 Manufacturing Firms: The Moderating Effect Of Supply Chain Integration

Abdullah, Rohani (2016) Green Supply Chain Management Practices And Sustainable Performance Among Iso 14001 Manufacturing Firms: The Moderating Effect Of Supply Chain Integration. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1065Kb) | Preview

    Abstract

    Peningkatan kesedaran dan kepentingan kelestarian alam sekitar memberi tekanan kepada firma-firma agar memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kesan aktiviti-aktiviti industri yang dijalankan kepada alam sekitar. Tekanan ini lebih dirasai oleh industri pencemaran tertinggi. Di Malaysia, industri pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada indeks pencemaran negara. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar oleh industri ini akan menyumbang kepada penambahbaikan terhadap perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari. Justeru, amalan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau (GSCM) kini semakin popular sebagai satu pendekatan pengurusan dalam menguruskan hal yang berkaitan isu-isu alam sekitar. Walau bagaimanapun, amalan GSCM masih kurang diterima pakai oleh firma pembuatan di Malaysia kerana ramai tidak menyedari tentang kepentingannya dalam membantu kelestarian perniagaan. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan di kalangan firma pembuatan yang mendapat pengiktirafan ISO 14001 dengan tujuan untuk mengkaji sejauh mana pelaksanaan amalan GSCM dan hasil pelaksanaannya dari sudut prestasi lestari. Kajian ini juga bertujuan untuk memastikan kesan penyederhanaan Integrasi Rantaian Bekalan (SCI) di antara hubungan amalan GSCM dan prestasi lestari. The increasing awareness and interest in environmental sustainability is creating a pressure on firms to pay more attention on the impact of their industrial footprints to the environment. This pressure is felt more in high polluting industries. In Malaysia, the manufacturing industry is the largest contributor to the country's pollution index. Therefore, any effort to minimize the environmental footprints of this industry will provide considerable improvement in environment protection and sustainable development. Hence, Green Supply Chain Management (GSCM) practices is now gaining popularity as a management approach in facilitating matters related to environmental issues. However, GSCM practices are still less adopted by manufacturing firms in Malaysia since many are not aware of its importance to sustain the business. Thus, this study was conducted among ISO 14001 certified manufacturing firms with the aim to investigate the extent of GSCM practices implementation and the outcomes of its implementation in terms of sustainable performance. This study also sought to ascertain the moderating effect of Supply Chain Integration (SCI) on the relationship between GSCM practices and sustainable performance.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management
    Divisions: Pusat Pengajian Pengurusan (School of Management)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 28 Feb 2017 15:33
    Last Modified: 28 Feb 2017 15:33
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32250

    Actions (login required)

    View Item
    Share