Perut Hijau: Siam dalam jiwa Melayu

Merican, Ahmad Murad (2016) Perut Hijau: Siam dalam jiwa Melayu. In: Prosiding Seminar Antarabangsa Sejarah Lisan 2016 Dari Perspektif Sejarah, Warisan dan Kebudayaan Malaysia-Thailand. Persatuan Sejarah Lisan Malaysia dan Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Satun.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pemerhatian dan kajian mengenai imej dan paparan orang asing oleh orang Melayu merupakan satu pendekatan yang agak baru dalam menyelami interaksi Melayu dengan kaum asing, sekaligus dapat mengenali jiwa Melayu zaman berzaman. Kajian ini meninjau imej Siam dalam jiwa Melayu. Siam tidak pernah menjajah Melayu, walaupun negeri Kedah. Siam bernaung ke atas negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berkurun lamanya. Perhubungan Melayu – Siam, khususnya Kedah-Siam ialah satu perhubungan yang kompleks. Terdapat detik peperangan, dan juga detik keamanan. Namun, umumnya dalam masyarakat Melayu, lanjutan dari pengalaman negeri Kedah, Siam diwajahkan sebagai kaum yang ganas dan memerah kudrat Melayu. Siam boleh diungkapkan juga sebagai “kacau daun” Melayu, khususnya Kedah. Ada masanya Siam diterima sebagai pelindung, dan ada masa sebagai pengacau. Hasil dari pertembungan itu, pelbagai imej orang-orang Siam telah di paparkan dalam sejarah. Paparan imej itu berubah-ubah mengikut jenis pertembungan dan perhubungan. Lazimnya kita dengar ungkapan ‘Siam perut hijau.’ Kertas kerja ini menggunakan beberapa visual, dan laman media baru seperti Facebook dan blog bagi memaparkan jiwa Melayu terhadap Siam. Cerita yang dapat dikutip memaparkan memori kolektif dan sentiment Melayu terhadap Siam – rakyat dan raja. Kita juga dapat perhatikan imej Siam dalam beberapa teks kasik terpilih serta pilihan Surat-Surat Francis Light dalam perhubungan dengan beberapa Sultan Kedah.

Item Type: Book Section
Additional Information: Image, Soul, Malay, Collective Memory, Thai
Uncontrolled Keywords: Imej, Jiwa, Melayu, Memori Kolektif, Siam
Subjects: A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities > AZ(20)-999 History of scholarship and learning. The humanities
D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
D History General and Old World > DS Asia > DS1-937 History of Asia
Divisions: Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa (Centre for Policy Research and International Studies CenPRIS)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 19 Dec 2016 08:33
Last Modified: 19 Dec 2016 08:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31273

Actions (login required)

View Item View Item
Share